Pengacara jemputan Festival_Muzik_AJL

EpisodHos jemputanTarikhSaluran
1Charmaine Augustin10 Januari 2021TV3
2Rina Khan17 Januari 2021
3Ally Iskandar24 Januari 2021
4Fara Fauzana31 Januari 2021
Trivia
  • Charmaine Augustin merupakan bekas pengacara Muzik-Muzik selama tiga edisi iaitu pada 1988 hingga 1990. Beliau juga mula mengacarakan pentas AJL pada tahun 1988 bersama dengan ND Lala dan bersama Azwan Ali pada AJL 1989 hingga 1990. Beliau juga mencetuskan sejarah apabila menjadi pengacara bukan berbangsa Melayu yang fasih berbahasa Melayu hingga mampu menarik minat penonton untuk melihat gelagat dan kepetahan beliau ketika itu.
  • Rina Khan juga pernah menjadi pengacara Anugerah Juara Lagu ke-7 pada tahun 1992 bersama dengan Azwan Ali, Haleeda dan Wohnen. Menariknya, AJL 1992 merupakan edisi pertama yang memperkenalkan tiga kategori ketika itu iaitu Irama Malaysia, Pop Kreatif yang kemudiannya ditukar kepada Balada dan Pop Rock. Namun itulah penampilan pertama dan terakhirnya sebagai pengacara AJL.
  • Ally Iskandar juga pernah mengacarakan pentas AJL selama 6 edisi iaitu 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Selama itu beliau kerap digandingkan bersama Cheryl Samad, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Rekod ini sekaligus menjadikan beliau pengacara yang paling kerap dan paling banyak kali mengacarakan acara muzik berprestij tersebut secara berturut-turut.
  • Fara Fauzana juga pernah menjadi pengacara AJL selama 5 edisi iaitu pada 2005, 2006, 2007, 2015 dan 2016. Beliau pernah bergandingan dengan Cheryl Samad, Ally Iskandar, Faizal Ismail, AG Hot FM, Fizie Roslan, Awal Ashaari dan ramai lagi. Beliau juga merupakan pengacara kedua paling banyak mengacarakan pentas AJL iaitu selama 5 edisi setelah Ally Iskandar yang mengacarakan AJL sebanyak 6 kali.